300x250 AD TOP

Tagged under:

INFO : Di rasuk kerana putus cinta, hampir membunuh....



PARIT BUNTAR, 6 Jan - Cubaan seorang lelaki yang mahu terjun ke dalam sungai untuk membunuh diri gagal apabila dia berjaya diselamatkan oleh Pertubuhan Sukarelawan Kebajikan Islam Kerian (PSKK).

Sinar Online melaporkan, lelaki terbabit yang juga penganggur sempat mengirim mesej mahu membunuh diri kepada rakan-rakannya di aplikasi WhatsApp pada kira-kira jam 8 malam kelmarin.

Menurut rakannya, Mohd Zaihid Yahaya, 24, dia dan rakan-rakan lain terkejut apabila menerima kiriman mesej berkenaan menerusi group Whatsapp.

"Dia kata nak bunuh diri terjun Sungai Kerian sebab putus cinta. Dia juga minta maaf dengan kami.

"Mulanya kami ingat dia berjenaka, tapi bila telefon banyak kali dia tak angkat, kami terus maklumkan kepada PSKK.

"Mujur juga dia bagi tahu kami... kalau tak mungkin dia dah terjun," katanya.

Sementara itu, Pengerusi PSKK, Sohaimi A Hamid berkata, pihaknya bergegas ke pinggiran Sungai Kerian di Ampang Jajar sejurus menerima maklumat mengenai perkara terbabit. Laporan Kosmo! menyebut, seramai 20 orang anggota PSKK dikerahkan untuk menenangkan mangsa. Selain itu, pihak polis dan bomba turut dikejarkan untuk membantu mangsa.

"Lelaki tu terkejut bila tengok kami sampai dan ugut mahu terjun Sungai Kerian kalau kami tak beredar.

"Kami tengok dia amat tertekan, jadi, kami terus maklumkan pada polis dan bomba untuk memujuknya membatalkan niat bunuh diri," katanya sebagaimana lapor Sinar.

Selain itu, sebuah perahu turut diletakkan di pinggir sungai sebagai persediaan sekirnaya mangsa terjun.

Beliau juga berkata lelaki yang berasald ari Bagan Tiang itu berjaya ditenangkan dan seperti seolah-olah membatalkan niat membunuh diri setelah hampir dua jam dipujuk.

"Tapi, tiba-tiba mangsa cuba terjun... mujur sempat dipeluk ahli PSKK.

"Masa tu mangsa macam dirasuk, meronta-ronta menolak beberapa ahli PSKK yang memegangnya.

"Lepas laungkan azan barulah lelaki ni nampak tenang dan kita terus bawa dia ke Unit Kecemasan Hospital Parit Buntar untuk rawatan lanjut," katanya.

Difahamkan, mangsa telahd ihantar ke Unit Psikiatri Hospital Taiping untuk rawatan.