Pemohon baru dan penerima sedia ada boleh membuat semakan status permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2016 secara online bagi mengetahui sama ada permohonan yang dibuat telah diluluskan atau berjaya
Bagaimanapun, keputusan status permohonan tersebut mungkin mengambil sedikit masa kerana maklumat pemohon akan melalui beberapa prosedur semakan dan verifikasi kelayakan dari agensi-agensi terlibat yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan MalaysiaMaklumat pemohon akan disemak dengan agensi yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia seperti berikut
Bil | Nama Agensi | Bil | Nama Agensi |
1 | Jabatan Pendaftaran Negara | 7 | Polis Diraja Malaysia |
2 | Angkatan Tentera Malaysia | 8 | Kumpulan Wang Simpanan Pekerja |
3 | Jabatan Akauntan Negara Malaysia | 9 | Kumpulan Wang Amanah Pencen |
4 | Jabatan Perkhidmatan Awam | 10 | Jabatan Pengangkutan Jalan |
5 | Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia | 11 | Kementerian Pendidikan Tinggi |
6 | Jabatan Agama Islam Negeri | 12 | Suruhanjaya Syarikat Malaysia |
Pemohon boleh membuat semakan tersebut secara atas talian (online) dengan mengikuti langkah-langkah mudah seperti berikut
Langkah 1 | |
Layari sistem semakan status permohonan e-BR1M tahun 2016 | |
Sila layariAplikasi Sistem Semakan Status Permohonan BR1M 2016 |
Langkah 2 | |
Sila masukkan atau lengkapkan No. Mykad anda di ruang yang tersedia | |
Klik pada butang Semakan Status Permohonan |
Soalan Keselamatan | |
Pemohon wajib menjawab 2 soalan keselamatan dengan betul sebelum dibenarkan membuat semakan status | |
Soalan keselamatan dan jawapan soalan keselamatan adalah berdasarkan maklumat yang diisi oleh pemohon | |
Jika jawapan yang diberikan salah, pemohon hanya boleh mencuba sebanyak 3 jenis soalan untuk menjawab soalan keselamatan | |
Jika jawapan yang diberikan masih salah, peringatan akan dipaparkan |
Paparan Status Permohonan | |
Setelah berjaya melepasi peringkat ini, status permohonan anda akan diberitahu dan dipaparkan selain boleh mencetak lampiran tersebut |
Nota Saranan | |
Jika anda menghadapi masalah seperti tidak dapat membuat semakan secara online, sila rujuk kepada cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) berdekatan | |
Sila bawa bersama salinan pengenalan pemohon, pasangan dan tanggungan | |
Pemohon atau penerima yang mempunyai pertanyaan boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 (LHDNM) atau 03-8882 4565/4566 (Kementerian Kewangan) ataupun emel ke [email protected] |
Soalan Lazim | Jawapan |
Selepas saya membuat semakan , saya mendapati status permohonan saya [Diterima] | Status ini menunjukkan permohonan anda telah berjaya didaftar dan akan melalui peringkat seterusnya |
Status Permohonan Saya [Dalam Proses] | Ia menunjukkan bahawa permohonan anda dalam proses semakan dan verifikasi kelayakan |
Status Permohonan Saya [Lulus]
Status tersebut menunjukkan permohonan anda diluluskan atau berjaya
Status Permohonan Saya [Tidak Lulus]
Status tersebut menunjukkan permohonan anda tidak diluluskan atau tidak berjaya
Saya ingin membuat semakan tetapi data menunjukkan no Mykad tidak wujud walaupun sebelum ini saya telah melengkapkan dan menghantar permohonan
Jika anda mengalami situasi ini, anda perlu berhubung terus kepada cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) berdekatan dan nyatakan masalah anda
Permohonan saya diluluskan. Bila saya akan dapat duit BR1M
Bagi kategori bujang ia akan dibayar sekaligus mulai 28 Januari 2016
Kategori isirumah akan menerima pembayaran secara berfasa dalam tempoh setahun
Sila rujukJadual Tarikh Pembayaran BR1M 2016
Kenapa rakan, saudara mara saya sudah dapat duit BR1M tetapi saya belum lagi, permohonan saya sudah disahkan diluluskan
Pembayaran akan dibuat secara berperingkat-peringkat, sila nantikan giliran pembayaran untuk anda
Untuk mengemukakan sebarang aduan sekiranya duit BR1M belum dapat dari tarikh yang sepatutnya diterima, sila rujukAduan Masalah Duit BR1M 2016 Belum Dapat Pastikan Guna Saluran yang Betul
Cara pembayaran diterima?
Duit BR1M akan disalurkan terus ke akaun bank simpanan penerima secara berperingkat-peringkat sekiranya memberikan maklumat no akaun semasa membuat permohonan atau pengemaskinian
Manakala sebahagian kecil penerima yang belum memiliki akaun bank akan menerima BR1M dalam bentuk baucar
Kecepatan pengkreditan duit bantuan Brim ke dalam akaun simpanan turut bergantung kepada sistem bank penerima
Penerimaan duit BR1M dalam bentuk baucar berkemungkinan lewat berbanding penerima yang memilih pembayaran BR1M disalurkan melalui akaun simpanan bank
Boleh saya tahu punca permohonan tidak diluluskan atau tidak berjaya
Anda boleh rujuk kepada Antara Sebab Dan Punca Permohonan BR1M Gagal
Bolehkah saya membuat rayuan selepas permohanan saya disahkan tidak berjaya
Berkenaan perkara ini, nantikan pengumuman lanjut daripada kerajaan yang akan dihebahkan oleh media rasmi (media arus perdana)
Adakah surat pemberitahuan status permohonan akan dihantar ke alamat pemohon atau penerima
Ya, pemohon atau penerima turut dimaklumkan mengenai status dan maklumat lengkap BR1M menerusi surat pemberitahuan yang akan dihantar ke alamat yang ada dalam rekod data
Bagaimana waris boleh membuat tuntutan Skim Khairat Kematian untuk BR1M 2016 dan apakah prosedur dan dokumen yang diperlukan
Maklumat lanjut sila rujukCara Buat Tuntutan Skim Khairat Kematian BR1M 2016
Saya memerlukan keterangan lanjut sebab info-info yang dinyatakan tiada kaitan langsung dengan masalah BR1M saya
Anda disarankan menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 (LHDNM) atau 03-8882 4565/4566 (Kementerian Kewangan) ataupun terus ke cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) berdekatan
NOTA PENERANGAN MENGENAI STATUS PERMOHONAN
Status | Penerangan |
Permohonan Diterima | Permohonan Anda Telah Berjaya Didaftar |
Permohonan Dalam Proses | Permohonan Anda Dalam Proses Semakan Dan Verifikasi Kelayakan |
Permohonan Lulus | Permohonan Anda Telah Diluluskan/ Berjaya |
Permohonan Tidak Lulus | Permohonan Anda Tidak Diluluskan/ Tidak Berjaya |
Respon Keputusan Permohonan BR1M 2016 | |
Notis dan surat makluman lulus atau gagal akan diposkan kepada pemohon mulai minggu terakhir bulan Januari 2016 | |
Bagi setiap permohonan yang berjaya pembayaran akan dibuat secara berperingkat mulai 28 Januari 2016 |