300x250 AD TOP

Tagged under:

TERKINI : Ikan paus ditemui terdampar dan ini yang mereka jumpa di dalam perut...



Besut, 28 Jan - Bangkai seekor ikan paus yang dianggarkan seberat 1 tan ditemui oleh penduduk di pantai Kampung Benting Lintang, Besut kira-kira jam 10 pagi tadi.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Benting Lintang, Ghazali Daud, dia telah dimaklumkan oleh penduduk mengenai penemuan itu.

Ghazali berkata, setibanya dia dilokasi mendapati keadaan ikan paus tersebut sudah busuk dan mereput.

Tambahnya lagi, spesis ikan itu jarang ditemui di kawasan perairan Besut dan merasa pelik bagaimana haiwan itu boleh terdampar di pantai terbabit.

"Ramai penduduk tempatan datang ke pantai untuk melihat sendiri bangkai ikan itu selepas mengetahui mengenai penemuannya itu," katanya sebagaimana lapor Harian Metro.

Dalam perkembangan yang sama, orang ramai yang pergi ke lokasi kejadian telah memuat naik gambar-gambar bangkai tersebut. - Siakapkeli.my