300x250 AD TOP

Tagged under:

Salih Yaacob - "Dia kahwin lain pun jadi isteri nombor dua, bermadu juga"


Katanya, perkara itu dapat dilihat apabila wanita tersebut memilih untuk menjadi isteri kedua kepada teman lama yang dikenali ketika zaman persekolahan, sebaik sahaja tempoh idah perceraian dengan Salih berakhir.



“Ya, dia masih bermadu dan menjadi isteri kedua kepada lelaki lain. Jadi, punca perceraian kami bukanlah kerana dia tidak tahan dengan hidup bermadu, tetapi barangkali atas sebab-sebab lain,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia, di sini hari ini.




Semalam, Salih tidak menafikan wujudnya orang ketiga dalam perceraian itu setelah bekas isterinya menghadiri majlis reunion bersama rakan-rakan sekolah lamanya.

Dia turut meminta agar isu perceraiannya dengan Nor Raha, 47, pada September tahun lalu tidak lagi diperbesar-besarkan.

Menurut Salih, dia tidak mahu meletakkan kesalahan di bahu mana-mana pihak sama ada diri sendiri atau bekas isterinya kerana baginya, jodoh, pertemuan serta perpisahan adalah di tangan tuhan.

“Saya sudah lepaskan dia jadi tidak perlu lagi untuk kita mencari salah sesiapa. Biarlah kami berdua meneruskan kehidupan masing-masing.

“Malah, saya juga sudah maafkan dia dan apa yang berlaku biarlah berlalu, masing-masing sudah ada kehidupan sendiri,” katanya.

Mengulas lanjut, bapa kepada 13 orang anak ini juga menafikan khabar angin bahawa masalah kewangan juga merupakan antara punca keruntuhan rumahtangganya itu.

Jelasnya, sehingga hari ini, dia dan keluarga tidak menghadapi masalah kewangan biarpun mengakui kadang-kala tidak menerima apa-apa tawaran berlakon mahupun melakukan persembahan.

“Isteri-isteri saya yang lain tidak masuk campur dalam urusan antara saya dan bekas isteri. Mereka lebih memfokuskan kepada tanggungjawab menguruskan keluarga masing-masing.

“Malah, anak-anak juga reda dengan perpisahan kami. Biarpun mereka masih kecil, tetapi mereka tahu inilah jalan terbaik bagi ibu bapa mereka,” katanya.

Tiga isteri yang masih setia dengan Salih ialah Norlizah Mamat, 51, Norfara Wahida Sulaiman, 37, dan Samihah Syeikh Ali, 30.