Tan Sri Khalid. Gambar kecil : Hiasan |
KUALA LUMPUR, 12 Jan: Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang terpengaruh dengan fahaman Islamic State (IS) telah bertindak menyerang seorang wanita di sebuah pasar raya di Sungai Petani, Kedah, semalam.
Remaja berkenaan yang memakai pakaian seperti anggota kumpulan IS menggunakan pisau untuk menakut-nakutkan mangsa.
Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, siasatan mendapati remaja terbabit terpengaruh dengan fahaman yang dibawa oleh IS menerusi laman sosial dan emel.
“Siasatan awal mendapati remaja itu tidak berniat untuk mencederakan mangsa tetapi mahu menunjukkan dia ahli IS yang boleh lakukan perkara seperti di Syria,” katanya sebagaimana lapor TheRakyatPost.
Remaja terbabit, yang juga merupakan pelajar di sebuah sekolah agama di Sungai Petani, ditahan dibawah Akta Kesalahan Keselamatan Langkah-Langkah Khas (Sosma) 2012 kira-kira 8.40 malam tadi ditempat kejadian.