300x250 AD TOP

Tagged under:

TERKINI : Dato Vida menjalani pengambaran bersama untuk drama....



Kuala Lumpur, 11 Jan: Selepas gempar dengan keputusannya untuk menjadi penaja pasukan bola sepak Kelantan, pengasas produk kecantikan, Datuk Seri Dr. Hasmizah Othman atau lebih dikenali dengan Datuk Vida, 44, kini mendapat tawaran untuk berlakon pula.

Lapor Harian Metro, Datuk Seri Vida berkata dia mendapat tawaran berlakon daripada pengarah drama Michael Ang.

Watak yang ditawarkan ialah sebagai diri sendiri atau ‘cameo’. Namun, saya belum membuat apa-apa keputusan kerana kekangan masa,” katanya yang turut menambah persetujuan untuk perkara tersebut akan dibuat menjelang bulan depan.

Menurut Datuk Seri Vida, jika dia berlakon, dia mengidamkan watak seperti Elsa dalam filem animasi Frozen dan juga watak Maleficent yang dilakonkan oleh Angelina Jolie dalam filem Maleficent.

Saya sukakan watak-watak fantasi,” katanya.

Sementara itu, Datuk Seri Vida juga bakal menerbitkan sebuah filem namun dia enggan berkongsi mengenai jalan ceritanya.

Jalan ceritanya masih lagi dirahsiakan tetapi apa yang boleh saya katakan, filem ini memang akan menjadi filem yang sangat luar biasa," katanya.