"Betullah tu, duit syiling 50 sen 1967 dan 1968 berparit atau berlongkang tu sebenarnya harga dia sejuta ringgit sekeping. Duit rare tu susah nak dapat dah sekarang. Kalau jual kat Amerika lagilah boleh dapat harga lagi mahal, 40 juta Dollar kot sekeping?"
Percaya atau tidak, apabila terlihat statement kat atas tu, ramai yang rasa teruja untuk membaca apakah cerita sebenar yang hendak saya sampaikan (Sila Like jika anda salah seorang daripada mereka).
Namun, ada lebih daripada separuh yang melihat description kat atas akan membuat andaian, duit syiling 50 sen 1967 dan 1968 berparit atau berlongkang tu berharga mahal sehingga 40 juta ringgit tanpa membaca isi kandungan artikel yang saya kongsikan.
Tidak kurang juga, jika anda adalah pembaca saya daripada Facebook page yang akan cuba mengiklankan duit syiling 50 sen 1967 dan 1968 mereka didalam page tersebut. Semua nak kata duit syiling dialah paling rare, duit syiling super rare malaysia.
Begitulah sikap kebanyakan orang kita (Semua bangsa di Malaysia), apabila dapat untung dengan berangan-angan saja pun sudah siok....
Apabila dijanjikan dengan angan-angan palsu pun sudah melompat jerit-jerit macam lotong
Apabila mereka bertanya berapakah harga "duit syiling rare" 50 sen 1967 dan 1968 berparit atau berlongkang mereka dan kita sebagai collector beritahu, harga cuma rm3-rm5 sekeping, jika anda jual sendiri dan itupun jika ada orang nak beli, maka akan mulalah keluar jawapan ego tinggi melangit:
"Baik saya jual kat Mudah.my, boleh jual mahal-mahal"
"Jangan nak tipu akulah, duit ini rare, tak ramai yang simpan!"
"Saya ada baca kat internet, ada orang jual duit ni sampai RM10ribu sekeping?"
Tiap-tiap hari saya dihujani soalan yang hampir sama. Adakalanya dari orang yang sama, cuma cara soalan berbeza.
Sehingga saya mengumpulkan kesemua soalan itu dan kongsikannya didalam artikel soalan-soalan lazim mengenai malaysia coin.
Daripada 10 orang yang bertanya, hanya seorang sahaja yang mengucapkan terima kasih. Lagi dua biasanya akan menghina saya. lagi tujuh tidak akan menjawab/berbuat apa2. Jika sebulan ada dalam 100 orang yang bertanya, setahun? Anda kiralah sendiri. Itu belum termasuk yang telefon saya jam 4pagi, semata-mata nak tanya harga duit lama miliknya.
Jika anda lihat di page FB Malaysia Coin, saya dah kongsikan diruangan about "Di sini bukan tempat bertanya harga duit lama anda". Namun, setiap hari ada sahaja yang bertanya harga duit lama mereka. Budaya malas membaca dah tertanam lama sangat didalam jiwa rakyat Malaysia.
Tiada siapa yang melarang anda nak jual duit syiling 50 sen 1967 dan 1968 berparit atau berlongkang tu pada harga sejuta sekeping. Buatlah iklan, boleh juga kami collector semua jadikan ianya sebagai bahan gelak ketawa. Lagi bagus, selepas buat iklan kat Mudah.my tu, telefon reporter akhbar harian, boleh masuk paper tunjuk muka sebelah duit syiling paling rare kat Malaysia. Rare sampai takde orang nak beli sebab orang yang tengok iklan tu gelak jer. Hahahaha....
Mohon maaf jika tulisan saya sedikit sarkastik sebab saya memang tak tahu nak tulis cara lain. Jadi kepada yang ada 50 sen 1967 dan 1968 berparit atau berlongkang dan nak jual duit korang mahal-mahal serta malas nak baca tu, mohon terasa yer.
Read more: http://www.malaysiancoin.com/2014/03/50-sen-1967-1968-berharga-sejuta.html#ixzz3r0grS13f
Under Creative Commons License: Attribution